GANGGUAN JIN ASYIQ DAN PENYEBABNYA

••••••••••══✿❀🕋❀✿══•••••••••
     REKAP KAJIAN ONLINE
            BAITI JANNATI
••••••••••══✿❀🕋❀✿══•••••••••

NARASUMBER : USTADZAH NIMAS KAREBET
GROUP : BAITI JANNATI 1⃣
HARI/TGL : JUM'AT, 11 JANUARI 2019
TEMA : GANGGUAN JIN ASYIQ DAN PENYEBABNYA
NOTULEN : IMAHABBAH

••••••••••══✿❀✿❀✿══•••••••••

Bismillahirrohmannirrohim

Gangguan Jin Asyiq & Penyebabnya

Pernahkah kita mendengar adanya golongan jin yang mencintai seorang manusia? Golongan jin ini dipanggil jin asyiq. Gangguan jin asyiq ini  penyebab nya dari berbagai faktor, diantaranya disebabkan kelalaian manusia itu sendiri.

Gangguan jin asyiq ada bermacam-macam jenis. Ada jin yang jatuh cinta dengan seseorang manusia itu dalam waktu  yang sekejap sahaja. Tetapi ada juga yang jatuh cinta dengan seseorang sejak dari manusia itu kecil . Gangguan jin asyiq yang terjadi sejak dari kecil  adalah gangguan yang sangat sukar untuk di keluarkan.

Ini kerana perasaan cinta jin itu kepada manusia sudah terlalu mendalam dan sukar untuk dipisahkan. Keadaan ini berlaku disebabkan jin telah selalu melihat manusia yang dicintainya itu. Melihat kebaikannya, apa lagi jika jin selalu melihat manusia itu selalu telanjang dalam keadaan tidak membaca  doa perlindungan.

Sebab itulah Islam mengajarkan kita supaya dalam keadaan apa sekalipun  kita membiasakan diri dengan  membaca doa.

Faktor Jin Mencintai Manusia

Diantara fakktor-faktor yang berrsiko seseorang  itu dicintai oleh jin ialah:

Jin yang disebabkan oleh faktor keturunan. Dalam masyarakat kita dikenali sebagai gangguan nasab.

Jin kerapkali melihat manusia itu bertelanjang dengan tanpa membaca apa-apa doa. Sebab itu, di dalam Islam kita di upayakan  sebaiknya berpakaian dalam segala keadaan sekalipun, sehingga bersetubuh dengan isteri pun sebaiknya tidak bertelanjang.

Jin yang didapati setelah mempelajari ilmu kebatinan, contohnya seperti ilmu kebal dan yang seumpamanya.

Apabila jin telah mempunyai perasaan cinta kepada seseorang itu, jin tersebut akan cuba melakukan segala upaya agar manusia yang dicintainya tidak menikah dengan manusia yang lain. Ini kerana, jin seperti juga manusia, mereka mempunyai perasaan cemburu.

Ini dikuatkan dengan kenyataan Ibnu Taimiyah di dalam An-Nubuwwat halaman 399  :

“Jin terkadang jatuh cinta kepada manusia, sebagaimana manusia jatuh cinta dengan manusia yang lain. Sepertimana lelaki mencintai wanita, dan juga seperti wanita mencintai lelaki”

Tanda-Tanda Gangguan Jin Asyiq

Selalu kita ingatkan kepada sahabat saya ataupun kepada mereka yang bertanya kepada saya, apabila seorang manusia mengalami gangguan jin, pasti akan tampak   gejala-gejala.

Begitulah juga denga gangguan jin asyiq ini. Gejala-gejala khusus yang akan berlaku kepada seseorang yang mengalami gangguan jin asyiq ialah:

Sering mimpi bersetubuh tetapi mimpinya berbeda dengan mimpi yang disebabkan oleh akil baligh (bagi lelaki), mimpi disebabkan terangsang dan juga sebagainya.

mimpi bersetubuh yang puncak dari gangguan jin asyiq ialah mimpinya akan berlaku dengan kerap (hampir setiap malam), berlaku dalam waktu yang lama, dan mereka yang mengalaminya akan rasa seperti bukan mimpi, tetapi seperti nyata.

Ini kerana apabila bangun dari tidur, anda akan merasa letih, dan juga lemas, tetapi dalam masa yang sama anda seolah-olah merasa puas.

Merasakan adanya bayangan seseorang disebelah anda, terutamanya apabila anda mula hendak tidur.

Tidak ada keinginan untuk menikah

Jika menikah juga, anda akan kehilangan keinginan untuk bersetubuh dengan pasangan anda.

Jika berlaku juga persetubuhan, anda akan melakukannya dalam keadaan terpaksa hanya kerana tanggungjawab, tanpa ada rasa kerelaan bahkan anda akan merasa suatu beban untuk malayani pasangan anda.

Selepas melakukan persetubuhan anda akan berasa sedih, dada menjadi sempit dan hilang rasa ghairah.

Susah bertemu jodoh kerana jin telah mengganggu hubungan anda.

Apabila  hendak tidur, kita akan mula didatangi oleh seseorang dan akan merogol anda. Saya pernah merawat seorang pesakit wanita. Dia mengatakan ketika permulaan, dia cuba untuk melawan tetapi tidak mampu. Lama-kelamaan hilang rasa untuk melawan, diganti dengan perasaan keghairahan yang tinggi (ketagih) untuk bersetubuh.

Lebih suka menyendiri.

Menjadi tertarik dengan tubuh badan sendiri apabila melihatnya dihadapan cermin dalam keadaan bertelanjang.

Rasa benci yang membuak-buka kepada pasangan sejenis. Jika pesakitnya wanita, dia akan benci memandang lelaki, dan begitu juga sebaliknya.

Pesakit juga akan mengalami mimpi mempunyai anak dengan orang lain dan mimpi itu berlaku dengan kerap.

*Cara hindari Gangguan Jin Asyiq*

Sebagai ikhtiar supaya kita semua selamat dari gangguan jin asyiq ini, saya menasihatkan anda beberapa perkara di bawah:

✅Selalulah melazimkan diri anda supaya memulakan apa sahaja aktiviti dengan membaca doa terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dengan menyebut Bismillah. Terutamanya apabila anda hendak menanggalkan pakaian anda (bertelanjang) atau masuk ke dalam bilik air/tandas.

✅Lazimkan juga untuk membaca doa sebelum keluar rumah dan juga apabila hendak masuk ke dalam rumah.

✅Selalulah berwangian, terutamanya wangian kasturi. Lebih baik jika telah diruqyah.

✅Banyakkan berzikir kepada Allah dan selalulah memohon perlindungan kepada-Nya.

✅Bagi yang sudah berpasangan, atau yang dalam proses mendapatkan jodoh, jika anda sudah menemui pasangan yang sesuai, nasihatkanlah kepada mereka agar bersabar dengan gangguan jin asyiq yang sedang mengganggu anda. Nasihatkan juga kepada mereka agar melakukan perkara-perkara di atas.

Wallahualam

••••••••••══✿❀✿❀✿══••••••••••
  TANYA JAWAB KAJIAN ONLINE
              BAITI JANNATI
••••••••••══✿❀🕋❀✿══•••••••••

GROUP BAITI JANNATI 1
MODERATOR: Ukhty Icha erliana

📝PERTANYAAN:
•••••••✿❀✿❀✿•••••••
1⃣Assalamualaykum ustadzah izin bertanya apa yg di maksud dng jin nasab itu/ jin keturunan?

2⃣ Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,caranya agar bisa bersabar dengan gangguan jin asyiq?
Surat muawiyah apa ustadzah?

3⃣Bagai mana cara nya supaya terhindar ato tdk kena jin nasab ustadzah?

4⃣Oh iya satu lg ustadzah..apa bener klo jin keturunan itu akan trs mencari keturunannya dn akan menurunkn ilmunya yg dl leluhur kt mengadakan perjanjian dng jin?

JAWABAN:
••••✿❀✿❀✿••••

1⃣ Iya jin yg telah melakukan perjanjian dgn para leluhur kita

2⃣Lakukan adab sebelum bobo y say
1. Wudhu sebelum bobo
2. Baca ummul Quran, surah muawiyah, ayat kursi lalu tiupin d tangan gosok gosok dan usapkan seluruh tubuh jg bagian kelamin
3. Tebasin dl tempat tidurmu sekalipun hanya dengan satu batang lidi sambil sebut nama Allah allahu akbar
4. Baca doa tidur
5. Jangan biarkan tertidur tanpa zikir
3kulhu say

3⃣Lakukan Ruqyah pada ahlinya

4⃣Tidak jika turunannya sudah melakukan ikrar pemutus hubungan
Insyaallah

•••┈┈•┈┈•⊰✿🕋✿⊱•┈┈•┈┈•••

Website Tholabul'ilmi: tholabulilmiindonesia.blogspot.com
Website Josh:
JOSHindonesia.blogspot.com
Website Laskar Subuh:
Laskarsubuhindonesia.blogspot.com
Telegram :
t.me/tholabulilmiWA
facebook FP :
m.facebook.com/TholabulilmiWhatsApp
facebook Group :
m.facebook.com/profile.php?id=183387271707797

Follow IG Tholabul'ilmi WA :
https://www.instagram.com/p/BfweMAflyYR/

▶ Gabung Komunitas Tholabul'ilmi :
Ketik : GabungTI#Nama#Domisili#Status#L/P
Kirim ke:
~ +6285266812579
~ +6285778616216

•••┈┈•┈┈•⊰✿🕋✿⊱•┈┈•┈┈•••
            BAITI JANNATI

Komentar

Postingan populer dari blog ini

MACAM MACAM IKHTILAF (Perselisihan Pendapat Ulama)

Praktek Kerja Lapangan (PKL) - bagian 2

I.M.M 2